Tuesday, March 30, 2010

Rukun Pemuda



Bismillahirrahmanirrahim..

Imam Hassan Al-Banna telah menulis dalam risalahnya, bahawa ada 4 sifat istimewa bagi pemuda..

1. Keimanan asasnya adalah hati yang suci
2. Keikhlasan asasnya jiwa yang bersih
3. Semangat asasnya keinginan yang kuat
4. Usaha asasnya adalah keazaman yang membara.

Dengan 4 keistimewaan ini bermakna,
"Tanggungjawab kamu berat, terlalu banyak hak bangsa yang perlu kamu tunaikan"
"Kamu perlu berfikir masak-masak, gandakan usaha, tentukan pendirian, tunaikan segala hak ummah, dengan segala keistimewaan yang kamu miliki"

Monday, March 29, 2010

Dialog Inter-`Aqidah

Seorang paderi dan seorang Maulana sedang berdialog, dalam satu majlis perbandingan agama di suatu tempat di India..

Paderi: Wahai Maulana, sewaktu Hussein, cucu Rasulullah sollalLahu `alayhi wasallam dibunuh, di manakah Baginda berada pada saat itu?

Maulana: Tentulah Baginda sedang berada di sisi Allah subhanahu wata`ala...

Paderi: Kalau begitu, mengapa Baginda tidak meminta tolong Allah untuk menyelamatkan cucu Baginda?

Maulana: Pada saat itu, Allah sedang menangis..

Paderi: Allah menangis? Apa maksud Maulana?

Maulana: Allah berkata, "Wahai Muhammad, sedangkan anak-Ku Jesus tidak mampu Aku selamatkan ketika Baginda disalib, inikan pula Aku selamatkan cucumu?"


Merasakan dirinya tertampar dengan jawapan Maulana, si paderi lantas mengajukan soalan lain buat Maulana.. Mereka terus berdialog. Perbahasan berlangsung dengan hangat, hujah dipatahkan dengan hujah, sehingga kelihatan, tiada tanda ada pihak yang akan rela hati mengundur diri..

Tiba-tiba, seorang lelaki, pembantu Maulana naik ke pentas, dan membisikkan sesuatu ke telinga Maulana. Sejurus itu juga, wajah Maulana bertukar menjadi pucat, lidahnya kelu tak berkata-kata..

Paderi: Maulana.. Kenapa? Apa yang berlaku?

Maulana terus mendiamkan diri..

Paderi: Maulana, ceritakan pada saya, apa yang berlaku?

Maulana masih termenung, tidak berkata apa-apa..
Setelah terus didesak oleh paderi, akhirnya dia menangis..

Maulana: Saya dapat berita, malaikat Jibril baru sahaja meninggal di syurga.

Si paderi lantas tertawa mendengar kata-kata Maulana, sambil bersuara,

Paderi: Maulana, bukankah kamu seorang yang berpelajaran tinggi? Bagaimana kamu boleh percaya akan berita itu? Mana mungkin malaikat boleh mati?

Si paderi terus ketawa.

Maulana: Wahai paderi, lupakah kamu, sedangkan Jesus, anak Tuhan boleh mati, inikan pula malaikat Jibril?

Saturday, March 13, 2010