Monday, December 17, 2012

man wa li.man

KITA adalah apa yang kita bualkan, fikirkan, melihat, mendengar, membaca, menulis, menyintai dan membenci.

Apa yang kita suka bualkan? Apa yang kita suka fikirkan? Apa yang kita suka lihat? Apa yang suka kita dengar? Apa yang suka kita tulis? Apa yang kita cinta dan benci?

Maka 'HATI' kita akan menjadi seperti apa yang kita lakukan...

-perkongsian dari ukhti Durrah

Tuesday, August 9, 2011

Internal Medicine Posting

IM experience of Nabilah Hisham CUCMS 0809

Internal med was my favourite posting :) It was to my benefit that it was my last posting so I was quite accustomed to being in third year and had (sort of) accumulated enough basic knowledge, clinical skills, etc. Because it's your first posting, you might find it a bit overwhelming at first, the workload is definitely much heavier than other postings and your days are spent mostly in the wards and/or at night classes. But be optimistic and enthusiastic and you'll have loads of fun cause im is on of those postings where every day brings new experiences (or diseases) for you to learn from. And the lecturers are the best part! They're the most helpful, passionate bunch you'll ever meet. Smue comel2 and baik2 belaka. :)). And most importantly, always doa for a smooth ride and for God to make things enjoyable , and for you to be able to learn as much as possible from your experiences.

I'll stop babbling and start with the list :p, here goes:

INTERNAL MEDICINE

  1. Kumar and Clark Clinical Medicine

This can be your main reference book. They also have the app version, so you don't necessarily have to buy it. If you like to read, then this book helps a lot as they give quite detailed explanation about most things. But if you're not much of a reader, then it's totally fine not to buy the book, in my opinion. What you can do is to get it from the library when you need it, or borrow from your friends/seniors.


2. Oxford Handbook of Clincine

This is is quite wajib. Some ppl go through int.med just reading this book, and if you can actually do that, you do acquire quite a wealth of info. Most times, you dont have the time to read K & C, so this book helps a lot. Tip: try opening random pages everyday and reading up on the topic you land on. You'll find internal med less daunting and at the same time you're adding on to your im knowledge bit by bit :)

3. Medicine Recall (James Bergin, Lipincott Williams)

You'll never be able to know everything about IM, and you'll find yourself adding more and more to the list of things you don't know each day so having a book like this is good. It asks the important must-know questions and is good for 'sparring' with your mates. It helps covers the holes you might have in your basic sciences knowledge.

4. Xpress Revision in Short Cases (Chew Nee Kong, UM Publications)

I don't advise ppl to use this as a studying tool, because I think it's better if you read up properly on the diseases first. But it's awesome for revision's sake and to get a better clinical outline of the topic. Helps a lot especially when preparing for case presentations or before clinical exams. UM publications has loads of awesome books, so kalau ade mase pegi um bookstore kat ppum do check out the other books they have there.

5. Formulating the Diagnosis: 40 Clinical Pathological Exercises (Dr. TJ Danaraj, UM Publications)

This book pun best. It has full case presentation (history,exam,clinical dx,pathological description,dx) abt a patient and you then have to answer a few MCQ questions. Mine is my dad's so it's a 1993 version, you might be able to find a newer version now.

6. Case Files: Medicine

They have this one for every topic/specialty and i'm a big fan. It's like the book I used mase pro exam disc. Good for revision, kalau malas nak bace buku besar, just read this book. It covers most topics quite extensively.

7. Color Atlas of Clinical Medicine (Charles D. Forbes, Mosby Publications)

They have the big book versions, but im referring to the pocketbook version which is full of clinical pictures. Really good book, you familiarise yourself with the pics and it helps a lot when you are in the wards. Go through a few pages a day before you sleep..hehe:). Also, prof latiff likes to give a mid-sem exam which is done ospe-style. This book helped me score because he used many pictures that were similar to the ones in the book.

8. Book of Causes

This is a thin black pocketbook which just lists down the causes of numerous things (clubbing, increased tactile vocal fremitus, increased psa, palmar erythema,etc). Helps when you want to think of differential diagnoses. Im sorry I can't remember the author or publisher, but the Kamal Bookstore dudes are would know if you were to mention it. :)

Saturday, July 30, 2011

Merentasi sempadan pasport dan visa PAPISMA



Asm Wbt

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan, ahli-ahli baginda dan para-para sahabat semuanya.

Saudara-saudariku sekalian,
Untuk sekian lama kita dipisahkan dengan passport dan visa, kita dipisahkan dengan bahasa dan bangsa, kita dipisahkan dengan warna kulit dan rupa paras, kita dipisahkan dengan titik-titik garisan pada peta dunia.. Sedangkan Nabi Allah Muhammad menyatukan kita sekaliannya daripada seluruh pelusuk bumi dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH.

Ketika anak-anak kita melangkah riang ke sekolah, ada kanak-kanak lain yang melangkah lemah dan dhaif. Ketika anak-anak kita gembira menghabiskan masa bermain komputer dan internet, ada kanak-kanak lain terpaksa menghabiskan masa membantu ayah dan ibu mencari sesuap pagi dan sesuap petang.
Demikian jugalah salah satu tuntutan agama kita, iaitu mengkhatankan anak laki-laki. Ketika mana anak-anak kita mengharungi proses khatan ini dengan teknik moden dan pembiusan yang menghilangkan rasa sakit, ada kanak-kanak yang masih terpaksa mengharunginya dengan kaedah tradisional puluhan tahun dahulu. Kaedah yang menyakitkan dan berisiko pula untuk mendapat pendarahan dan jangkitan kuman.

Di dalam sempadan Negara kita Malaysia, sejak tahun 1998 lagi sukarelawan-sukarelawan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), tanpa jemu dan penat meredah kampong dan desa yang terpencil, bahkan ke tempat penempatan Orang Asli setiap tahun, demi membantu menunaikan amalan sunnah yang dikira wajib oleh hampir semua mazhab dalam agama Islam.
Kita khatankan seorang anak lelaki, maka kesannya seumur hidup. Wudhuknya, taharahnya, solatnya, hajinya, bahkan jimaknya dengan isteri menjadi amalan sunnah yang lebih sempurna. Logiknya jikalau kita bantu khatankan seorang anak lelaki maka pahalanya insya allah berpanjangan.

Sejak tiga empat tahun yang lepas, sukarelawan-sukarelawan PAPISMA dengan kerjasama NGO-NGO lain telah mula merentasi sempadan-sempadan rekaan manusia untuk membantu kanak-kanak saudara-saudara Islam kita yang dhaif menjalani ibadah berkhatan ini dengan kaedah yang lebih moden dan selamat. Sukarelawan-sukarelawan kita pergi ke bumi Kemboja yang satu ketika pernah di nodai oleh regim Polpot, membunuh ratusan ribu rakyat Kemboja termasuk puluhan ribu umat Islam. Pengalaman saya sendiri menyaksikan masih terdapat beberapa orang dewasa yang berusia 20 ke 30an yang masih belum berkhatan sama ada kerana tidak mampu atau kerana baru memeluk Islam dan pasukan kami turut membantu mengkhatankan mereka.

Pada mulanya misi sukarela ini dibuat secara agak senyap kerana tidak mahukan populariti. Namun akhirnya kami menyedari bahawa semakin ramai manusia yang kita ajak untuk melakukan perkara kebajikan atau amal maaruf ini, maka semakin besarlah ganjaran yang Allah akan berikan. Oleh sebab itulah, sejak akhir tahun lepas kami mula memikirkan bagaimana untuk mengajak orang ramai turut beramal soleh membantu proses mengkhatan anak-anak Islam yang dhaif dari segi ekonomi ini.

Dari niat yang murni itu, maka lahirlah Pojek Khatan Nusantara. Tidak semua orang mampu mengkhatankan kanak-kanak kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran itu. Tetapi ada banyak orang yang mampu dari segi kewangan untuk membantu mengeluarkan modal mengkhatankan kanak-kanak yang dhaif sumber kewangan itu. Oleh kerana PAPISMA mengumpulkan tenaga-tenaga kesihatan, maka kami mempunyai tenaga-tenaga sukarelawan untuk mengkhatankan kanak-kanak di rantau Nusantara yang dhaif kewangannya. Menyedari betapa perlunya kami melibatkan orang ramai ke arah usaha amal makruf ini maka kami membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kewangan.

PROGRAM KHATAN NUSANTARA YANG TERBARU INSYAALLAH AKAN DIADAKAN DI BUMI ACHEH, DI RUMAH ANAK YATIM YANG DITIMPA UJIAN TSUNAMI PADA TAHUN 2004 YANG LALU. INSYAALLAH, SUKARELAWAN KAMI AKAN KE SANA PADA BULAN OKTOBER 2011 NANTI.

Insyaallah juga, program Khatan Nusantara ini akan diadakan setiap tahun bagi menjelajahi negeri-negeri di Nusantara seperti Mindanao, Riau, Sabah, Sarawak, Kemboja, Vietnam, Thailand, Burma dan lain-lain bagi menyatakan bahawa kita umat Islam adalah umat yang satu, yang disatukan oleh dua kalimah yang begitu tinggi nilainya.

Oleh itu saya mengambil peluang sempena Ramadhan yang bakal tiba ini untuk menyeru kepada seluruh umat agar turut membantu melaksanakan amalan sunnah ini. Sumbangan Tuan boleh diberikan melalui akaun MayBank Papisma bernombor 5530 1010 8828 . Bagi mendapatkan sijil penuh yang diisi dengan nama kanak-kanak (insya allah, gambar dan cap jari juga kami cuba usahakan!) maka sumbangan penuh sebanyak RM100 diperlukan. Wang sumbangan akan digunakan bagi membeli peralatan dan ubatan berkhatan, membantu menaja pemergian adik-adik pelajar perubatan yang menjadi pembantu prosedur di samping sedikit saguhati kepada para sukarelawan. Sekiranya ada wang lebih akan disumbang pula kepada institusi Islam di sana .

Sebarang maklumat lanjut yang diinginkan oleh penyumbang seperti sijil atau pemakluman sumbangan di harap dapatlah para penyumbang sekalian menghubungi

1. Penyelaras dan Pengarah Program ini saudara MOHD FADLIYAZID, Hp: 0199859251 email: mafiya81@yahoo.com atau
2. Timbalan Penyelaras dan Timbalan Pengarah Program ini iaitu saudara NIK AZRIZIE, Hp: 0129524247 email: bestfikrah@yahoo.com .

Besarlah harapan saya agar sesiapa sahaja yang membaca atau melihat poster dan tulisan ini sudilah menyebarkannya seluas mungkin menggunakan segala medium yang ada seperti email, facebook, blog, website atau pun mencetak dan menampalnya ditempat-tempat yang sesuai. Mudah-mudahan bantuan Tuan akan menerima ganjaran daripada Allah SWT.

Sebagai akhirnya, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia dengan ini melancarkan PROGRAM KHATAN NUSANTARA ini untuk disambut oleh semua kelompok umat yang prihatin.

Al-Faqir Ilallah
Presiden PAPISMA
2010-2012

Saturday, July 23, 2011

Surgery Posting

An experience shared by Nabilah Hisham (A senior of mine in CUCMS)

Surgery is an awesome posting and in terms of the stuff you study during this posting, they're quite easy. Everything is quite direct and once you get the idea, you won't have to read up on the diseases again. A good grasp on anatomy is of course important, but it's more about recognizing relevant clinical anatomy. So if you're starting with the surgical posting, make sure you brush on your knowledge in regards to the anatomy of the breast, neck (thyroid), abdomen, adrenal, and the vascular system. Having Dr. AAA during the posting is the best part. Make a point to really listen to the things he says cause those are the important stuff. Dr. AAA might seem scary at times and he will call you out on your game, so as long as you don't have a bad attitude, then he's really cool :)


My favourite books during this posting:


1. Bailey's and Love Short Practice of Surgery

This is a really really thick book and it's mainly full of writings. I would advise against buying It unless you plan some sort of career in surgey in the future:p or if you can be sure you'll be reading it most of the time. What my housemates and I did, we just borrowed one from the library and sort of shared it amongst ourselves. The book might seem daunting, but when you read it you'll see that the topics are written about in simple language and it very well organized. Good for when you're preparing for your TBL's.


2. Browse's Introduction to the Symptoms and Signs of Surgical Disease.

This is a must have. Surgery is a specialty that deals with lumps and bumps and like I mentioned earlier on, it really is very direct. This book tells you what to look for in the history and pe of a patient with certain types of diseases. Being able to master the core topics in this book will make sure that you sail through surgery, sebab bende you nampak kat ward lebih kurang same la.


3. Burkitt's Essential Surgery: Problems, diagnosis, and management

This is a reference book in a more toned down version if compared to Bailey's. Easy to understand, byk jugak diagram, and used by most students. I wouldn't say this book was really amazing tapi it is quite sufficient enough to cover for your surgical posting :)


4. Churchill's Pocketbook of Surgery

This is like your oxford handbook and you'll be bringing it with you everywhere you go. The book is awesome and very nice to read. It really highlights the important points well and gives you the differential diagnosis for most cases. Just like mase IM, the best way is to make a point to read a few random pages a day to add on to your knowledge.


5. Surgery: Problems & Solutions Revision Questions (Imperial College Press)

One thing I like about this book is that the answer and discussion for each question is put after the question itself. Bestla, senang nak buat revision. It is broken down nicely into relevant topics, the questions are relevant to the syllabus you learn during you posting, and they also include EMQ and SAQ format which is similar to the exams you'll be having.


6. OnExamination and BMJLearning

Really use these two free(!) resources. Very very helpful. The information is updated regularly so you know you're getting the latest ones and is highly recommended by tripleA. And for those of you who are exam-conscious :p, triple A is known to put in the exams questions that are same as those found on the site :)

Saturday, July 16, 2011

Mengintai di balik tirai Syaaban



Khas buat sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya :)

Design kad raya dah siap... maknanya,
dah semakin kena bersedia rohani dan jasmani untuk meleburkan diri dalam bulan Ramadhan.
Selamat menjalani tarbiyah madrasah Ramadhan...


Maaf ye gambar ni kecil..
Copy right, khas untuk Nisa' Putrajaya.
kalau nak yang versi besar, jom Join NISA' ^^,


Tuesday, May 31, 2011

Saturday, May 14, 2011

Munajat: Rintihan Perjuangan

Oleh: Ust Nasrudin Hassan Tantawi

Perjuangan suci demi mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini kian terdesak dan ianya berasaskan tuntutan ummah masa kini , yang tidak lagi mampu bertahan menghadapi proses pemusnahan global ke atas fikrah , syakhsiyyah dan aqidah mereka .

Ummah kini secara sedar atau tidak , sangat memerlukan Islam sebagai benteng berlindung , dahan berpaut dan bumbung berteduh dari segala ancaman yang mampu membinasakan diri dan peradaban mereka.

Justeru itu , kemenangan Islam adalah detik yang dinanti oleh semua , guna membebaskan mereka dari bencana besar ekoran terhakisnya nilai aqidah , lunturnya nilai akhlak dan merosotnya nilai fikrah .

Munajat

Selain daripada keperluan fizikal dan material dalam mengisi agenda perjuangan bagi memperolehi kemenangan , kita tidak boleh menafikan satu unsur terpenting yang mampu menepati kekuatan dalaman perjuangan kita , sementara kekuatan dalaman adalah paksi kepada segala kekuatan yang melayakkan kita beroleh kemenangan.

Unsur yang saya maksudkan itu ialah unsur spiritual sedang munajat adalah teras kejernihannya yang berasaskan keakraban hubungan antara kita sebagai pejuang dengan Allah Jalla wa A’la selaku pembekal kemenangan .

Meng”agenda”kan Munajat dalam Medium Perjuangan.

Sewajarnya kita melakukan apa sahaja untuk memenangkan perjuangan Islam ini , selama ianya tidak bercanggah dengan syara’ . Malah kita sanggup mempertaruhkan jasad dan nyawa jika ia merupakan harga semasa yang perlu dibayar untuk mengukir sebuah kemenangan.

Bertolak pada masa yang sama , munajat mempunyai fungsi atau peranan yang sangat besar serta penting dalam menjana kemenangan dan ianya sekali – kali tidak boleh diabaikan.

Perjuangan Baginda Rasul saw. sejak hari pertama ia digerakkan hinggalah ke suatu saat dimana Islam telah lengkap dan sempurna , munajat senantiasa mengiringi usaha gigih baginda saw. bersama para sahabatnya rhm.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dengan sanad – sanadnya bahawa seorang Arab Badwi telah bertanya : Ya Rasulullah , Apakah tuhan kita hampir lantas kita bermunajat kepadanya atau tuhan kita jauh lantas kita menyerunya ? Nabi saw. diam lalu turunlah firman Allah swt. :[1]

و إذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي و ليؤمنوا بي لعلهم يرشدون .

Dan apabila hamba – hambaKu bertanya kepada mu ( Muhammad ) tentangKu maka sesungguhnya Aku hampir . Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu . Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi petunjuk.

( Surah al Baqarah : 186 )

Perjuangan Rasul saw. adalah perjuangan Islam , sementara Islam pula adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah swt. Bahkan Allah swt. jua tuhan yang akan memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas memperjuangkan agamaNya.

يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم و يثبت أقدامكم

Jika kamu memperjuangkan agama Allah swt. Nescaya Allah akan memberi kemenangan ( nusrah ) kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu.

( Muhammad : 7 )

Manakala munajat adalah jambatan penghubung antara kita dengan Allah swt. . sedang melalui hubungan inilah , Allah swt. akan menyalurkan nusrahNya kepada para pejuang .

Demi tahqiqun nusrah ( memastikan kemenangan ) perjuangan ini, munajat mesti diagendakan semaksima mungkin tanpa juak dan culas .

Munajat Rasulullah saw Melakar Kemenangan

Mengharapkan sokongan dan penyertaan individu atau golongan tertentu guna memperkuat dan memperkasakan saff perjuangan , Nabi saw. telah bermunajat :

اللهم أعز الإسلام بأحد العمرين

Ya Allah , perkuatkan Islam dengan salah seorang dari dua omar ( antara Omar al Khattab dan Amru ibnu Hisyam / Abu Jahal )


Menghadapi tekanan yang semakin hari semakin hebat oleh pihak musuh , berdepan pula dengan kemuncak kebiadaban musuh sehingga Baginda saw. dilumuri najis oleh Uqbah bin Abi Mu’it sedang Baginda saw. khusyuk sujud kepada Allah swt dihadapan Kaabah , sejurus selesai solat Baginda saw. bermunajat :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy. ( sebanyak 3 kali )

Orang – orang kafir yang sedang mentertawakan Nabi saw. terdiam kerana takutkan munajat Baginda . lalu Nabi saw. menyambung munajatnya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة بن ربيعة و الوليد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah , aku serahkan kepadaMu untuk membinasakan Abi Jahal ibnu Hisyam , Utbah bin Rabi’ah , Syaibah bin Rabi’ah , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui’t .

Ibnu Masu’d bersumpah : Demi Allah yang diriku di dalam genggamannya, kesemua nama yang disebut oleh Rasulullah saw. didapati terbunuh dalam perang badar al Kubra yang kemudiannya bangkai bangkai mereka dicampak ke dalam perigi buta.

Saat menerima penghinaan dan dihalau oleh mereka yang jahil mengenai perjuangan yang diperjuangkan oleh Baginda saw. , Baginda telah bermunajat :

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني أم إلى عدو ملكته أمري إن لم يكن بك على غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة من أن تنزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك

Ya Allah , Ya Tuhanku , Aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatanku , sedikitnya helahku dan hinanya aku pada pandangan manusia . Ya Tuhan yang Maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi , Engkau adalah Tuhan orang orang yang lemah dan Engkau adalah TuhanKu . Kepada siapa engkau serahkan diriku ini ?


Kepada orang jauh yang memandangku dengan muka masam atau kepada musuh yang ingin menguasai diriku . Jika tiada murkaMu terhadap diriku , aku tidak peduli tetapi kemaafanMu lebih luas kepadaku .


Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang telah engkau pancarkan ke arah segala kegelapan , menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada turunnya ke atasku murkaMu atau berlakunya ke atasku murkaMu . KepadaMu pengaduan yang sungguh sungguh sehingga capai keredhaanMu . Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu .

Doa ini dianggap oleh para ulama’ sebagai detik bermula kronologi peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menyaksikan bagaimana nabi saw. dilayan dan diundang ke langit mengadap hadhrat Ilahi , Tuhan yang telah mendengar rintihan pejuangNya.

Ketika melangkah untuk melepasi kepungan maut oleh pemuda pemuda tahan lasak Quraisy yang ingin membunuh Baginda saw. pada malam peristiwa hijrah , Baginda saw. telah bermunajat lalu membacakan ayat suci al Quran :

و جعلنا من بين أيديهم سدا و من خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون

Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula dan Kami tutupkan mata mereka sehingga tidak dapat melihat .

( Surah Yasin : 9 )

Munajat ini akhirnya menghadhirkan pertolongan Allah swt. dan Baginda berjaya melepasi kepungan tersebut dengan selamat tanpa disedari oleh musuh .

Jauh dari kampong halaman , tanah tumpah darah dan sanak saudara demi menyelesaikan urusan perjuangan (mendaulatkan syariat Allah swt. ) , Baginda saw. dan para sahabat memendam rasa rindu yang cukup menekan jiwa , memaksa Baginda saw. bermunajat :

اللهم حبب إلينا المدينة كحبنا لمكة أو أشد

Ya Allah , Ya Tuhanku , jadikanlah kami kasihkan Madinah sebagaimana kami kasihkan Makkah atau lebih darinya .

( Riwayat Imam al Bukhari , Muslim dan Ahmad )

Membangunkan Negeri berasaskan prinsip tauhid disaat musuh menekan dari segenap arah merupakan satu cabaran besar . Baginda Rasul saw. dalam satu gerakkerja membangunkan Madinah agar ianya Membangun Bersama Islam , Baginda saw. telah membina sebuah Masjid sebagai komplek bangunan pertama wujud di negeri Islam itu . Sewaktu membina bangunan ( masjid ) inilah , kedengaran Baginda saw. bermunajat :

لا عيش الا عيش الآخرة . اللهم ارحم المهاجرين و الانصار

Tiada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat , Wahai Tuhan , kasihanilah Muhajirin dan Ansar .

Menyaksikan kehadhiran[2] musuh dengan segala kekuatan material yang dimiliki oleh mereka , bermaksud untuk mengalahkan Islam dan ummatnya serta menghancurkan Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah saw. Baginda Rasul saw. telah bermunajat :

اللهم هذه قريش قد أقبلت بخيلائها و فخرها , تخادك و تحارب رسولك . اللهم فنصرك الذي وعدتني . اللهم احنهم الغداة .

Ya Allah , Ya Tuhanku , inilah Quraisy , mereka datang dengan segala kesombongan dan kemegahan . Mereka menentangMu dan membohongi RasulMu . Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan kemenangan yang telah Engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku , binasakanlah mereka pada pagi ini .

( Sirah Ibnu Hisyam )

Keadaan getir dan tidak seimbang berbanding kekuatan fizikal ummat Islam dengan kekuatan yang dimiliki oleh musuh di medan pertempuran Badar , Baginda telah bermunajat penuh harapan dan perasaan seraya mengangkat tangan sehingga terjatuh selindang Baginda , memohon pertolongan Allah swt. agar Islam dipelihara.

اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما و عدتني , اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد .

Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikan apa yang telah engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku , jika engkau binasakan pasukan yang kecil ini , Engkau tidak lagi disembah di bumi selepas ini .

Setelah menerima pukulan teruk dalam peperangan Uhud , Baginda saw. mengalami cedera parah ( gigi Baginda saw. patah dan pipinya luka ) lalu Rasul saw. bersabda : ” Allah sangat murka hari ini kepada kaum yang melukakan muka RasulNya ” setelah diam seketika , Rasulullah saw. bermunajat :

اللهم اهد قومي فإنهم لا يعلمون

Ya Allah Ya Tuhanku , berilah petunjuk kepada kaumku , sesungguhnya mereka melakukan demikian ( menentang dan mencederakanku ) kerana mereka tidak mengerti ( mengenai risalah perjuangan suci ini ).

( Riwayat at Tabrani )

Sejurus berjaya setelah melintas garis yang paling sukar , mengorbankan nyawa dan segala kepentingan hidup . Baginda saw. meminta para sahabatnya berdiri dalam satu saff sambil bersabda , ” betulkan saff sehingga aku memuji Tuhanku ” ( sedang musuh telah mengundurkan tenteranya dari medan Uhud ) lalu baginda saw. bermunajat :

اللهم لك الحمد كلّهُ , اللهم لا قابضَ لِمَا بَسَطَتَ و لا باسِطَ لما قبَضْتَ و لا هادِيَ لِمَنْ أضْلَلْتَ و لا مُضِلَّ لمن هديْتَ و لا مُعْطِيَ لما مَنَعْتَ و لا مانِعَ لما أعْطَيْتَ و لا مُقَرِّبَ لما باعَدْتَ و لا مُبْعِدَ لما قَرّبْتَ .

اللهم ابْسُطْ علينا مِن بركاتِك و رحْمتك و فضْلك و رِزْقِك . اللهم إني أسألك النّعيم الْمُقيمَ الذي لا يَحُوْلُ و لا يَزُوْلُ . اللهم إني أسألك العَوْنَ يومَ الْعَيْلَةِ و الأمْنَ يومَ الخَوْفِ . اللهم إني عائذٌ بِك مِن شَرّمَا أعْطَيْتَنَا و شَرّما مَنَعْتَنَا . اللهم حَبّبْ إلينا الإيمانَ و زيّنْهُ في قلوبنا و كَرّهْ إلينا الكفرَ و الفُسوقَ و العِصيانَ و اجعلنا من الراشدين . اللهم تَوَفّنا مسلمين و ألْحِقْنَا بالصالحين غيْرَ خَزَاياَ و لا مَفْتُوْنِيْنَ .

اللهم قاتِلَ الْكَفَرَةِ الّذين يُكَذّبُون رُسُلَكَ و يَصُدّونَ عن سبيلك واجْعلْ عليهم خِزْيَكَ و عذابَك . اللهم قاتِلَ الْكَفَرَةِ الّذين أوتو الكتاب . إلهَ الْحقّ .

Wahai Tuhanku , bagiMu pujian semuanya . Wahai Tuhanku , tiada siapa yang dapat menahan apa yang engkau berikan , tiada yang dapat memberi apa yang engkau tahankan . Tiada yang dapat beri petunjuk kepada siapa yang engkau hukumkan kesesatannya , tiada siapa yang dapat menyesatkan sesiapa yang engkau beri petunjuk kepadanya . tiada siapa yang dapat memberi kepada sesiapa yang engkau tegahkan pemberian kepadanya. Tiada yang dapat menghalang sesiapa yang engkau berikan kepadanya . Tiada siapa yang dapat menghampirkan sesiapa yang engkau jauhkan . Tiada siapa yang dapat menjauhkan sesiapa yang engkau hampirkan .


Ya Tuhan , hulurkan kepada kami daripada keberkatanMu , RahmatMu dan kurniaMu . Wahai Tuhanku , aku memohon kepadaMu nikmat yang tetap yang tidak terhalang dan tidak hilang. Wahai Tuhanku , Aku memohon kepadaMu pertolongan di hari kesempitan , keamanan dihari takut . Wahai Tuhanku , Aku berlindung dengan mu daripada kejahatan yang engkau jadikan berlaku kepada kami dan kejahatan yang engkau tegahkan kami .


Wahai Tuhanku , Jadikanlah kami ini kasih kepada iman dan hiaskanlah iman itu di dalam hati – hati kami . Jadikanlah kami benci kepada kufur fasiq dan maksiat dan jadikanlah kami termasuk dikalangan orang – orang yang mendapat petunjuk . Wahai Tuhan , matikanlah kami di dalam Islam , hidupkanlah kami di dalam Islam dan masukkanlah kami dikalangan orang – orang yang soleh bukan yang hina dan menimbulkan fitnah.


Wahai Tuhan , Perangilah orang orang kafir yang membohongi rasul – rasulMu dan menyekat jalan agamaMU . Jadikanlah ke atas mereka azab siksa Mu . Wahai Tuhan , Perangilah orang orang kafir ahli kitab . Wahai Tuhan yang Benar !

( Riwayat Imam Ahmad )

Semangat dendam yang sangat mendalam terhadap golongan Islam membuatkan kaum Musyrikin bergabung dalam satu pakatan besar dan barisan yang sangat ramai , merangkumi semua pihak yang memusuhi Islam. Menghadapi pakatan musuh ini , diriwayatkan daripada al Barra’ bin ‘Azib Rha bahawa Nabi saw. bermunajat dengan mengulangi syair Abdullah bin Rawahah Rha :

اللهم لو لا أنت ما اهتدينا *** و لا تصدقنا و لا صلينا
فأنزلن سكينة علينا *** و ثبت الاقدام إن لا قينا
إن الأولى رغبوا علينا *** و إن أرادوا فتنة أبينا .

Wahai Tuhan Kami , Kalau tidak keranaMu nescaya kami tidak mendapat petunjuk , tidak bersedekah dan tidak sembahyang .

Oleh itu , turunkanlah ketenangan kepada kami dan teguhkan pendirian kami jika bertemu dengan musuh .

Sesungguhnya musuh itu mahukan kami binasa dan tiadalah sebenarnya yang mereka kehendaki melainkan mendatangkan bencana terhadap pegangan kami kepada agama.

(Rujuk al Bidayah wan Nihayah Jil. 4 M/s 96 .

Sirah an Nabawiyyah Ibni Kathir Jil. 3 m/s 185)

Demikian saya membawa sebahagian dari siri munajat Rasulullah saw. yang mewarnai perjuangan suci Baginda saw. demi memartabatkan Islam dan ummatnya sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini .

Jelasnya , Nabi sebagai kekasih Allah , tidak lekang dari bermunajat untuk memastikan perjuangannya mencapai kejayaan dan kemenangan , malah itulah rahsia terbesar disebalik kejayaan gemilang penuh keagongan yang akhirnya menyaksikan Islam pernah menguasai tiga per empat muka bumi ini.

Bermunajatlah demi sebuah Kemenangan

Munajat adalah senjata bagi para pejuang untuk menghadapi kekuatan dan kedegilan musuh . Dari Abi Hurairah Rha . Sabda Rasulullah saw :

الدعاء سلاح المؤمن و عماد الدين و نور السماوات و الأرض .

Doa ( munajat ) adalah senjata orang yang beriman , tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi .

( Riwayat al Haakim dan sohih rangkaian sanadnya )


Munajat adalah antara pelengkap syarat kemenangan yang ingin dicapai dalam pertembungan sengit kita dengan pihak musuh musuh Allah swt. Telah meriwayatkan oleh Abu Ya’la dari Jabir Rha . dari Nabi saw. telah bersabda :

ألا أدلكم على ما ينجيكم من عدوكم و يدرّ لكم أرزقكم ؟ تدعون الله في ليلكم و نهاركم فإن الدعاء سلاح المؤمن .

Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang memenangkan kamu ke atas musuh kamu dan membekalkan bagi kamu rezeki kamu ? ( iaitu ) kamu bermunajat kepada Allah swt. pada waktu malam kamu dan juga siang kamu . Sesungguhnya doa ( munajat ) adalah senjata orang yang beriman .


Munajat adalah rintihan penuh syahdu , tunduk merendah diri dihadapan kebesaran dan keagongan Allah swt. sementara hati penuh yakin bahawa Allah pasti mendengar dan menerima rintihan para pejuang agamaNya.

Dari Abi Hurairah Rha. dari Nabi saw. :[3]

ادعو الله و أنتم موقنون بالإجابة و اعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه .

Bermunajatlah olehmu kepada Allah sedang kamu yakin bahawa Allah swt. menerima ( doa kamu ) dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak suka doa / munajat dari hati yang lagha lagi lalai .

( Riwayat at Tarmizi dan al Haakim )

Firman Allah swt :

ادعوا ربكم تضرعا و خفية إنه لا يحب المعتدين .

Bermunajatlah kamu kepada Tuhan kamu secara merendah diri dan bernada lembut sesungguhnya Allah tidak suka orang orang yang melampau .


( Surah al A’raaf : 55 )

Kita tidak pernah menafikan kepentingan material yang mantap dan fizikal yang kuat bagi memacu perjuangan ini , tetapi menafikan kepentingan dan keperluan munajat atau meremehkannya , meletakkan kita jauh daripada Allah swt dan hubungan kita dengan Allah swt. menjadi bertambah sukar .

Berasaskan keinsafan ini , munajat kini mesti menjadi agenda utama perjuangan kita disamping gerak kerja gigih tanpa mengenal penat dan bosan.