Sunday, April 17, 2011

Senyum





Praktikal untuk membuat sahabat lain tersenyum (", )

Saturday, March 5, 2011

Da'wah: Dari hati jatuh ke hati

"Bagaimana batasan pergaulan bagi dua orang yang telah bertunang?"

A mengajukan kemusykilan kepada sahabatnya, B. Melihat kepada raut wajah A, B tahu, jiwa A tidak tenang. Mungkin tidak selesa dengan keadaannya selepas betunang. B tahu, A bukan orang sembarangan. Sejak sekolah, A komited dengan da'wah dan tarbiyah. Sampai kini dia terus istiqamah.

A dan B bersahabat rapat sejak Darjah 2 di sekolah rendah lagi, apabila A berpindah ke sekolah tempat B belajar. Perkenalan mereka bermula sejak bertemu dalam bas sekolah.

Tamatnya sekolah rendah, mereka terus berpisah, mengikut haluan tersendiri. Walau tidak berjumpa, A dan B sekali-sekala berhubung melalui telefon pada musim cuti sekolah. Dan betapa gembiranya apabila mereka dapat tahu bahawa mereka sama-sama tetap istiqamah atas jalan tarbiyah. A tidak perlu risaukan B, begitu juga sebaliknya. Mereka tahu, masing-masing bijak menjaga diri.

Kalau waktu kecil-kecil dahulu, perbualan mereka sekitar batu seremban, anak patung, jatuh parit, main pondok-pondok, kini perbualan mereka berkisar tentang akademik, strategi da'wah, perihal Islam, perihal ummah.

Baru-baru ini, B cukup gembira apabila mendapat tahu sahabatnya A telah dipinang orang. Bakal doktor yang kini menuntut ilmu perubatan di bumi Jordan. Dan B teramat bersyukur apabila A bercerita perihal tunangnya itu. Seorang muslim yang juga komit dengan tarbiyah dan da'wah, sepadan dengan A.

B dengan tenang memegang lembut bahu A, lantas berkongsi pendapat berkenaan soalan yang diajukan tadi.

"Berhubung apabila perlu. Itu pesan murabbi kami. Macam mana nak tahu perlu atau tidak? Kembali kepada pertimbangan kamu".
"Memang ini satu cabaran buat orang yang dah bertunang. Cabaran hati".
Setiap kali terasa hati lagha, cepat-cepat istighfar. Muhasabah semula diri. Ingat semula apa matlamat ikatan ini.


Kita idamkan rumah tangga solehah, sebagai wadah untuk terus istiqamah dengan tarbiyah. Sebagi wadah untuk terus memacu jihad dan da'wah. Sebagai wadah untuk terus berusaha menggapai redha Allah.

Tapi fikirkan, adakah wajar impian itu kita mulakan dengan sesuatu yang bertentangan dengan batas-batas syara'? Apakah akan ada redha Allah pada ikatan ini jika kita sendiri mencemarkannya dengan perkara yang tidak Allah sukai?

Kalau hati tetap tidak berubah, renungkan apa yang Allah firmankan:
"Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendenga rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka."
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 80)
Seterusnya, perbaiki iman... Antaranya, perbanyakkan zikr Laa ilaha illalLah.

Seperti riwayat Abu Hurairah radhiyalLahu `anh, RasululLah sallalLahu `alayhi wasallam telah bersabda,

"Baharukanlah iman kalian", Rasulullah sallalLahu `alayhi wasallam ditanya: "Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami?" Baginda menjawab: "Banyakkanlah menyebut Laa Ilaha IllalLah".
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)
"A, kamu tentunya komit dengan usrah kan? Kamu sendiri ada bawa halaqah?"
"Maksud B, jadi naqibah?"
"Ya..."
"Ada"
"Alhamdulillah, membawa halaqah bukan sahaja untuk adik-adik yang kita bawa. Tetapi juga untuk diri kita sendiri".
Apabila kita berjumpa adik-adik, kita sendiri akan rasa, adakah apa yang kita sampaikan itu, menyentuh jiwa kita sendiri. Jika kita rasa apa yang kita sampaikan agak bertentangan dengan kedudukan hati kita, waktu tu kita benar-benar akan rasa jiwa kita perlu dibersihkan semula. Murabbi kami selalu berpesan, da'wah ni adalah dari hati ke hati. Jika hati kita sendiri rasa terlari, bagaimana akan sampai ke hati mad`u?

Hati yang kotor membawa kepada malasnya untuk beribadah, lebih-lebih lagi Qiyamullail. Apabila kita membaca, di waktu lapang ataupun ketika persiapan halaqah, terasa ilmu itu sekadar di mata. Tidak jatuh ke hati. Seterusnya, halaqah akan terasa kering. Perbincangan sekadar berlalu di lisan. Tidak subur di hati.

Jadi, istiqamahlah dengan usrah, untuk terus menjaga hati.

"Menjaga hati ni bukan sahaja dari aspek ikhtilat. Tapi aspek lain juga."

A tersenyum. Dia menarik nafas panjang. Wajahnya tenang.

"Terima kasih B. Semoga Allah pelihara hati kita"

Monday, February 28, 2011

Her best friend is You!

Buat daie ilalLah...

They came to her,
With tremendous problems and troubles,
That they face, each day, each night,
As if misery has occluded their vessels,
and depression has halt their brain.

She smiled at them peacefully,
Giving her best piece of advice exuberantly,
Giving them hope to try to carry on,
Swept their tears when they were torn,
Hold their hand when they felt alone,
Lift up their spirit when the hope is gone.

But she is also human,
Just like them.
She may have bad times of her own.
When she needs someone, there were nobody there,
She might as well felt alone,
But then she realized she needs nobody,
Because You were there, all the time regularly.

To You,
She shed her sadness, her rough times and her pain,
From You,
She gather her strength, enthusiasm and elans,
Don't ever leave her, she begged You,
For You are her only best Friend who understands
and who knew.


Hasil nukilan saudariku N.A.S.A,
Jazakillahu ahsanul khair.
Semoga cinta Allah tetap teragung dalam hati kita.

Thursday, November 4, 2010

Ibarat mengalirnya air...

Dedikasi buat.....
(You know who you are... Minta izin untuk share di sini ^^)

Menyelami perasaan kalian

Menyelami perasaan sahabat-sahabat... Saya juga merasakan perkara yang sama. Raut wajah antum cukup jelas menggambarkan apa yang tersirat. Quotation yang antum gunakan dalam YM lately cukup mendalam maksudnya buat saya. Kita tidak bersua, tetapi hati-hati kita ramah berbicara.

Ya, berat terasa amanah Allah, eversince kita bersidang suatu tempoh dahulu. Beratnya yang membuatkan saya banyak berdiam diri baru-baru ini. Sehinggakan teman-teman terdekat beberapa kali menegur, bertanggapan saya termenung kosong.

Hakikat

Wahai `amileen, inilah hakikat perjuangan. Seorang ustaz pernah berkata:
"Perjuangan ni cuma ada dua jenis.. Kalau dalam perjuangan kita rasa berat, susah, banyak cabaran, maknanya kita berada dalam perjuangan yang betul. Seandainya kita sentiasa rasa senang, mudah, tak payah, maka awas, check semula sejauh mana kebenaran perjuangan tersebut".
Berkata-kata itu mudah... Menulis juga mudah. Sekadar sambungkan sel-sel neuron untuk melancarkan perjalanan maklumat untuk kita lepaskan di mulut dan jari, gerakkan otot mulut dan tangan, utarakan teori dan ideologi. Itu sahaja.

Tapi hakikat perjuangan tidak begitu. Islam bukan satu ideologi. Bukan juga sekadar teori. Islam adalah din.. Suatu cara hidup. Begitu juga perjuangan. Kena hadapi realiti medan.

Lihat kepada sirah perjuangan Nabi Musa `alayhissalam. Awal kelahirannya sendiri terancam dengan perintah pembunuhan semua bayi lelaki. Proses pembesaran Baginda selanjutnya adalah dalam istana Firaun. Musuh utama agama Allah. Tapi itu adalah tarbiyah Allah, Nabi Musa`alayhissalam berhadapan dengan realiti medan sejak kecil lagi. Baginda dibesar dan dididik dalam sarang musuh, bukan oleh mana-mana rahib yang mengajar baginda teori atau menerapkan ideologi.

Analogi Aikido

Ambil analogi belajar Aikido... Untuk buat posisi hidari hanmi kamae, nampak macam mudah. Apabila terima arahan sensei untuk buat demo, kita rasa yakin boleh buat. Tapi hakikatnya tidak. Posisi semudah ini mengambil masa berbulan-bulan untuk diteguhkan.

*Selingan: Kamae yang teguh sangat penting dalam Aikido. Macam-macam serangan dan tindakan balas lain yang kita boleh buat dalam posisi kamae. Sehinggakan prinsip yang diajar: Be in kamae all the time!


Mengalirnya air...

Alhamdulillah baru-baru ini, beberapa kita berpeluang pulang ke 'kampung', menghayati penciptaan ombak, laut dan pantai. Sunyi... Masing-masing tidak bersuara, membawa beratnya jiwa dengan amanah yang digalas. Cuma sedikit gelak tawa ketika cuba lari dari ombak yang mengganas. Sambil membaca surah Al-Waqi`ah melawan kekuatan bunyi deru ombak dan angin.

Dalam perjalanan pulang, `ibrah yang seorang sahabat kemukakan betul-betul menyentuh hati.

"Waktu antum perhatikan air laut dan ombak... Apa yang antum fikirkan?"

Masing-masing diam melayan perasaan... Mengimbau kembali pukauan ketenangan pantai tadi.

"Antum rasa, dari mana datangnya air tu?"

"Puncak gunung.." Yang lain lantas menjawab.
"Nampak tak jauhnya perjalanan air tu. Dari atas gunung, merentas segala jenis permukaan bumi untuk sampai ke laut. Sangat jauh. Sepanjang perjalanan tu banyak rintangan yang air hadapi. Lalu di celah-celah tanah, melepasi batu, mengalir ke mata-mata air, jatuh sebagai air terjun, dan macam-macam lagi. Tapi aliran air tak pernah putus."
Begitu juga tarbiyah, perjalannya panjang, liku-likunya pelbagai, tapi penghujungnya pasti. Menanti orang-orang yang istiqamah untuk meni'mati kemanisannya di hujung perjalanan. Jadi, jangan mudah berputus asa... Teguhkan jiwa dengan mengeratkan hubungan kita dengan Yang Maha Mentarbiyah.


Antara kerisauan dalam diri saya adalah, takut tidak amalkan apa yang diperkatakan atau ditulis. Terkilan melihat teman yang hebat berbicara sebaliknya cukup beralasan untuk turun ke medan. Tetapi amat bimbang saya sendiri yang berdalih-dalih apabila tiba seruan. Nauzubillah... Pohon sama-sama tarik saya bersama antum dalam perjuangan.

Akhir kata, ingat kita tidak bersendirian...

Tuesday, September 7, 2010

Be free..!

Dengan nama Allah, yang memiliki jiwa-jiwa sekelian hamba...


Beberapa bulan kebelakangan ini, saya kerap bermuhasabah. Mencari benih utama kelemahan diri. Allah temukan jawapan dengan cara yang saya tak pernah duga...

Lebih kurang satu minggu sebelum Ramadhan, saya ber'chat' dengan seorang sahabat. Bakal dukturah dari Universiti "Syari`ah" Malaysia. Sekadar chat santai, bertanya khabar, update perkembangan dan penguncupan diri masing-masing...

Sebelum kami mengakhiri sessi chatting pada hari itu, sahabat saya berkata,

Ana nak share something.. Pesanan dari naqibah ana...

"Merdekakan hati dari pandangan manusia"

Alhamdulillah... Jawapan kepada muhasabah saya selama ini.
Kenapa? Try to work for it yourself.

You'll see a tremendous change in your life..! Insya Allah...


Friday, July 23, 2010

3 Ahwal (Keadaan) Bersabar Atas Ketaatan

BismilLahirRahmanirRahim...


Bersabar di atas mentaati Allah merupakan bidang sabar yang ke-3 selepas 'bersabar di atas musibah' serta 'bersabar dari dorongan nafsu'.

Kepentingan Sabar Dalam Ketaatan
"Dia Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, sebab itu sembahlah Dia dan bersabarlah (berteguh hati) dalam menyembah-Nya. Adakah engkau kenal seseorang yang senama (sama) dengan Dia?"
(Surah Maryam : 65)

"Dan suruhlah ahlimu (pengikut-pengikutmu) bersembahyang dan bersabar (teguh) mengerjakannya; Kami tidak meminta rezeki kepada engkau, (hanyalah) Kami yang memberi engkau rezeki dan akibat (yang baik) adalah untuk orang-orang yang betaqwa".
(Surah Taha : 132)


Dengan merujuk kepada ayat Al-Quran dalam Bahasa Arab, qawa`id (kaedah-kaedah) Bahasa Arab yang digunakan untuk kalimah sabar dalam kedua-dua ayat di atas membawa maksud, "tidaklah ada jalan untuk mencapai ketaatan kepada Allah melainkan mestilah dipenuhi dengan kepayahan dan rintangan dari dalaman (diri) dan luaran.

Seorang penyair soleh telah bermadah:
"Sesungguhnya ku dicuba dengan empat perkara;
Dilemparkan dengan panah daripada busarnya berturut-turut;
iblis
dunia
nafsuku
serta manusia
Wahai Tuhanku, Engkaulah semata-mata yang berkuasa"

Pengertian 'nafsuku' begitu mendalam dan penuh dengan tipu daya, menjadikan ketaatan kepada Allah dan beribadah kepadanya sukar bagi diri manusia. Lantaran itu, Imam Al-Ghazali telah memperingatkan pengertian ini di dalam Kitab Ihya':

"Sabar di atas ketaatan itu sukar kerana diri (manusia) menurut tabiatnya lari (tidak berminat) kepada ubudiyah dan ingin kepada rububiyah.."

3 Ahwal Bersabar Atas Ketaatan


1. Sebelum taat:

Menyucikan niat dan sabar dari kekotoran riya' serta perkara-perkara yang mengajak kepada kemusnahan... Lantaran itu, Allah mendahulukan suruhan bersabar, kemudian dituruti suruhan beramal, seperti firman-Nya dalam surah Hud, ayat 11:
"Melainkan orang-orang yang bersabar dan beramal soleh"
2. Sewaktu beramal:



Bersungguh-sungguh menetapkan diri atas adab amal dan syarat-syaratnya... Serta melatih diri bersabar dari menuruti sebarang ajakan yang melunturkan amalanya, sehingga dia selesai.


3. Setelah selesai beramal:


Menahan diri daripada menzahirkan amalan kepada umum kerana mengharapkan pujian. Juga melatih diri daripada sifat, riya' ujub, takabbur, sum`ah serta perkara-perkara yang menggugurkan pahala amalannya.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir"
(Surah Al-Baqarah : 264)

~Rujukan:
Sabar Dalam Islam; Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi

Wednesday, July 7, 2010

Melangkah ke Semester Baru


Tiba-tiba hati terasa bimbang dan sedih mengenangkan semester baru akan bermula tidak lama lagi. Bimbang diri kembali dagang... Terpisah dari sahabat-sahabat yang telah pun memulakan sessi akademik di kampus masing-masing.

Pertemuan yang indah

Peluang berjumpa kembali sahabat-sahabat lama sepanjang tempoh cuti sem terasa cukup bermakna. Kami qiyam bersama, baca Quran bersama, memasak, bertukar cerita, bergurau senda, bersukan...

Suatu petang, kami duduk santai di tepi pantai. Masing-masing membawa senaskhah buku sebagai hidangan ilmu. Nak membaca sambil menghirup udara petang kononnya...

Setibanya di pantai, seorang sahabat membuka cerita. Habis suatu cerita, seorang lagi memulakan cerita yang lain.. Cerita perkembangan keluarga, pelajaran, suasana hidup di kampus, kematian, kejadian Tsunami, kisah wali Allah, perancangan masa depan... Sedar tidak sedar, 2 jam lamanya kami berbual, sambil tangan masing-masing memegang kemas buku yang dibawa tadi. Tak terbuka pun kulit hadapan buku dek perbualan yang tidak putus-putus.

Dua hari bersama, membuatkan hati terasa subur dengan iman... Basah dengan ukhuwwah. Air mata mudah mengalir tatkala bibir masing-masing terkumat kamit membaca Al-Quran. Terasa jiwa tenang dan selamat dalam dakapan ukhuwwah dan biah Islamiyyah yang sahabat-sahabat wujudkan.

Sokongan dan kata-kata nasihat masuk ke jiwa dan mengalir deras bersama aliran darah dan hormone Adrenaline.. Bersemangat rasanya untuk terus istiqamah atas jalan tarbiyah dan da'wah.

Cukuplah perjumpaan yang seketika ini menjadi bekalan kekuatan perjuangan kami di tempat masing-masing. Tidak pasti bila lagi kami akan berjumpa semula.


Pemandangan sun set... SubhanalLah...
(Diambil menggunakan handphone murahan)

3 kekuatan ke arah istiqamah dalam perjuangan...

1. Murabbi
2. Ukhuwwah
3. Hubungan dengan Allah

HasbunalLahu wa ni'mal wakil...

~Ke arah memantapkan iman dan strategi sebelum memasuki semester baru. Perbaiki kelemahan dalam sem lepas. Semoga sentiasa dalam hidayah dan taufiq Allah.. Amin.

Sekadar ikon...