Sunday, October 25, 2009

Menghayati hakikat Ikhlas pada perjuangan mujahidin Palestin

Dengan nama Allah, yang sesungguhnya berada dekat dengan hamba-Nya...

Nasihat Luqman al-Hakim,
“Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka”.

Peluang untuk berdamping dengan orang-orang yang soleh adalah suatu rahmat yang cukup besar bagi golongan yang sentiasa rindu untuk menikmati manisnya iman. Apatah lagi berpeluang mendengar nasihat-nasihat dari pejuang-pejuang yang cukup matang dalam medan jihad yang sebenar.. Sahabat saya pernah bercerita, dalam suatu kuliyah umum Zainab al-Ghazali, apabila beliau menyebut kalimah ‘iman’, satu dewan secara tiba-tiba dapat merasakan apa itu iman.. seolah-olah ada satu paduan tenaga masuk ke dalam hati semua yang hadir.. Subhanallah..



Pada suatu malam yang hening

Alhamdulillah, Allah telah memberi keizinan kepada saya bersama-sama dengan 10 sahabat yang lain untuk mendengar tazkirah ringkas dari seorang ikhwah Palestin, Dr Said dalam liqa’ kecil kami pada suatu malam. Beliau baru sahaja beberapa jam tiba dari Gaza. Lain dari yang lain, sebelum beliau menyampaikan tazkirah, terlebih dahulu kami mengaminkan bacaan doa Rabithah yang diimami Dr Said. Saat itu, kami merasakan jiwa berada dekat dengan para mujahidin di seluruh Dunia. Masakan tidak, doa yang kita ulang setiap hari di Malaysia rupa-rupanya turut diulang-ulang oleh para mujahidin yang berada di Gaza, Mesir, Syria, Yemen, Jordan, UK, USA, Ireland, Indonesia, Singapura dan di setiap pelusuk dunia. Doa yang memohon hati-hati kita tertaut erat dalam cinta menegakkan perjuangan Islam. Terasa pentingnya ukhuwwah, kesatuan hati, wihdatul fikr dan wihdatul amal dalam perjuangan Islamiyyah.

Dr Said merupakan seorang doktor perubatan di Gaza, yang dihantar khas ke Malaysia untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah perubatan di IUG, Islamic University of Gaza. Istimewanya Fakulti Perubatan di IUG, hanya pensyarah yang mempunyai PhD sahaja dibenarkan mengajar di sana. Pelajar perubatan pula hanya dihadkan kepada 50 orang pelajar terbaik dari seluruh Palestin, 25 lelaki dan 25 wanita.

Golongan wanita dalam perjuangan

Dengan kuasa Allah, bayi-bayi yang dilahirkan di Palestin adalah lebih banyak lelaki berbanding perempuan. Ramai yang memandang fenomena ini sebagai hadiah dari Allah dalam menggantikan mujahid-mujahid Palestin yang syahid setiap hari.

Namun, Dr Said memandang perkara ini dari sudut yang berbeza. Beliau mengatakan, golongan wanita juga merupakan suatu penyumbang tenaga yang amat besar kepada perjuangan di Gaza. Dalam pilihanraya contohnya, golongan wanita akan turun sama berjumpa dengan wanita-wanita lain untuk memberi penjelasan dan meraih kepercayaan golongan wanita untuk meyokong jamaah Islam di sana, Hamas.

Satu ketakjuban di sana, beratus-ratus kanak-kanak Palestin berjaya menghafaz keseluruhan Quran dalam masa hanya 3 bulan! Allahuakbar.. dan peratusan tinggi daripadanya adalah kanak-kanak wanita.

Kadang-kala, kita terdengar ada dari kalangan dai’e yang istiqamah menyampaikan da’wah kepada masyarakat, namun tidak mampu membimbing isteri dan anak-anak di rumah. Namun, perkara ini tidak berlaku di Gaza, kerana apabila para suami berjuang di luar rumah, para isteri turut merancakkan lagi perjuangan Islam dengan menggunakan method yang berbeza.



Tidak letihkah mujahidin di sana?

Walaupun menghadapi sekatan bekalan makanan, sumber air, elektrik, makanan, sekatan pergerakan dan perhubungan, rakyat Gaza turut menjalani kehidupan harian sepeti biasa, seperti rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Dunia yang lain. Mereka keluar bekerja, belajar di sekolah dan university, serta tidak lepas daripada menghadiri usrah. Namun, bezanya rutin harian mereka diselang-selikan dengan aktiviti Jihad menentang rejim Zionist secara life. Ketika bangunan-bangunan dibom, dan saat-saat yang tidak aman, mereka bangkit bertindak balas. Setelah suasana agak tenang, golongan remaja yang tidak terkorban akan kembali ke universiti untuk menghadapi peperiksaan. Mereka meletakkan kesungguhan yang tinggi dalam menuntut ilmu sehingga masing-masing mencapai keputusan peperiksaan yang amat cemerlang. Matlamat mereka jelas, setiap bidang yang mereka ceburi adalah difokuskan kepada perjuangan Islam.

Allahuakbar.. Tidakkah mereka letih dengan rutin harian sebegini? Dalam keperluan asas yang benar-benar terbatas, mereka bukan sahaja perlu berhempas pulas dalam hal akademik, malahan pula perlu menentang kebatilan yang teramat nyata di hadapan mata.

Gambarkan pula suasana perjuangan Islam di Malaysia, kita fokuskan di alam-alam kampus. Aktiviti-aktiviti kita dipenuhi dengan perjumpaan-perjumpaan persatuan, gerak kerja da’wah, pilihanraya, meeting-meeting pimpinan, tamrin, usrah dan liqa’-liqa’ jamaah. Pada masa yang sama, kita juga melaksanakan peranan sebagai penuntut ilmu, sama seperti mahasiswa lain.

Kadang-kala kita sedikit kecewa apabila adik-adik usrah menarik diri dari liqa’ mingguan.. Kadang-kala kita berasa lemah apabila aktiviti yang dirancang tidak mendapat sambutan ramai.. Kadang-kala, iman kita teruji apabila keputusan akademik tidak memberansangkan.. Sehingga ada yang sanggup berundur dari perjuangan semata-mata ingin memperbaiki akademik atau yang lebih hebat lagi untuk merebut Anugerah Dekan.. Ataupun, ada pula yang sanggup berundur dari perjuangan menuntut ilmu, semata-mata mahu fokuskan pada perjuangan organisasi.



Hakikat Ikhlas

Dr Said berkata, bahawa di Gaza, para mujahidin tidak lagi memandang dunia sebagai halangan. Segala apa yang mereka lakukan adalah dalam cita-cita menggapai kecemerlangan di akhirat. Hidup mereka kerana Allah, mati mereka kerana Allah. Walau sekalipun al-Aqsa telah berjaya dibebaskan, perjuangan mengajak manusia menuju Allah ini tetap akan diteruskan.

Dalam sebuah hadith sohih, ada menceritakan, seorang hamba yang hidup senang lenang di Dunia, tetapi kufur kepada Allah, apabila Allah celupkan dia ke dalam satu kawah azab dengan hanya sekelip mata, kemudian Allah keluarkan semula dan apabila ditanya, pernahkah kamu merasai ni’mat Dunia? Lantas hamba itu menjawab, bahkan tidak sekali-kali.. Dan begitu juga sebaliknya.. bagi orang yang beriman setelah Allah tunjukkan ni’mat Jannah, walaupun hanya seketika, dia langsung melupakan segala keperitan hidupnya di Dunia.

Bagi mujahidin di Gaza, kekuatan mereka adalah Allah.. Kekuatan mereka adalah ukhuwwah Islamiyyah. Setiap kali solat berjemaah di Masjid, mereka merasakan kemenangan Islam semakin hampir, kerana bilangan jemaah di masjid adalah sangat ramai pada setiap waktu solat. Allahuakbar. Para jemaah yang hadir inilah menguatkan keyakinan mereka bahawa kebenaran Islam itu sentiasa disokong oleh ikhwah-ikhwah di seluruh Dunia.



Dr Said meninggalkan kami pada malam itu dengan sepotong hadith.. Cukup untuk kami bermuhasabah diri, akan status keikhlasan perjuangan kita selama ini..

Innamal a’malu binniyyat ... [ila akhirihi]

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang ikhlas dalam perjuangan.. Sucikan hati kami, ya Allah dari kekejian sifat-sifat Mazmumah.. Hiasi diri kami dengan keindahan sifat-sifat Mahmudah..

Saturday, October 3, 2009

Ramadhan Toons



Maaf, tak dapat besarkan komik ni. Dilukis pada bulan Ramadhan yang lepas, untuk buletin kolej.

Emosi dan iman..



Dengan nama Allah Yang Menciptakan emosi...

Seperti minggu-minggu sebelumnya, minggu ini, kami diberi satu lagi topik 'case study' (kajian kes) yang menarik. Situasi kes kali ini adalah berkenaan seorang wanita, Ms. J disengat lebah pada hujung jari telunjuknya ketika sedang bersiar-siar di taman.



Disebabkan kami sekarang berada dalam blog 'physiology', maka kajian kami adalah berdasarkan mechanism tercetusnya rasa sakit yang dialami serta tindakan 'reflex' yang berlaku.

Perbincangan 'case study' dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Lebih kurang 40 kumpulan sibuk berbahas di dalam dewan kuliyah, menyebabkan suasana sekeliling hingar-bingar, berselang-seli dengan suara 3 orang pensyarah yang turun memantau.

Soalan demi soalan berjaya kami bahaskan dalam masa lebih kurang 3 jam, tanpa dibenarkan menggunakan apa-apa bahan rujukan.

Tiba di satu soalan, keempat-empat ahli kumpulan saya terdiam .. Bagaimana rasa sakit boleh berkaitan dengan emosi, contohnya boleh menyebabkan seseorang menangis?..

Menarik.. Saya belum pernah terfikir, macam mana emosi boleh terjadi? Sebelum ini, saya sangkakan emosi adalah sesuatu yang subjektif yang tidak boleh ditafsirkan secara biologi.

Ternyata sangkaan saya meleset setelah mendengar penjelasan seorang pensyarah, Dr Hafiz Ngoo yang datang membantu..

"In our brain, there is a part called 'limbic system' at which emotions are triggered. Pain receptors originating from the finger tip of Ms. J also connects to this part.. Thus, when 'perception of pain' occurs, she will then cry.

"If someone feels sad, happy, or hates somebody, those emotions are also triggered at the limbic system".. Dr Hafiz menjelaskan.



"Mmm.. Dr, how to control the limbic system so that we won't hate anybody?" 'curiosity' saya makin memuncak.

"The limbic system is also controlled by 'nafsu'.. Therefore, we cannot control it biologically.." Dr Hafiz tersenyum..

Subhanallah.. sebab tu pentingnya iman.. Hanya iman yang dapat mengawal nafsu..

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman,
Dan matikanlah kami dengan iman,
Dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan iman..