Tuesday, February 16, 2010



*Kredit: Jazakallah buat Abang Hanis kerana sudi tuliskan selawat ni..

Semoga Allah terus pilih kita untuk berada atas jalan perjuangan Rasulullah sollalLahu `alayhi wasallam..

Monday, February 15, 2010

Siapakah Wali Allah?

Apabila disebut kalimah "Wali", apakah yang terbayang di fikiran kita.. Keajaiban? Perkara-perkara luar biasa?

Dalam Kitab Ihfazillaha Yahfazka, ada mempersoalkan.. Adakah wali dimaksudkan sebagai orang yang berserban panjang, berjubah, memakai serban yang berlapis-lapis, memiliki jawatan besar, mampu terbang atau berjalan di atasa air?

Jika kuasa luar biasa itu yang dimaksudkan sebagai wali, maka, tentu sahaja para jin juga adalah wali Allah.

Definisi Wali

Wali bermaksud orang yang dekat dengan Allah. Kekasih Allah. Dia kasih akan Allah dan Allah juga mengasihinya. Atau juga bermaksud pembantu agama Allah. Dia membantu agama Allah, dan Allah juga membantunya. Antonim bagi kalimah wali adalah `aduwwu (musuh Allah).

Wali Allah menurut Al-Quran

Firman Allah dalam surah Yunus: 62-63,

"Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa".

Berdasarkan ayat di atas, seorang wali adalah seorang yang tidak khawatir atau bersedih atas apa-apa keburukan yang menimpa mereka. Dalam konteks da'wah, dia tidak berdukacita andai usaha da'wahnya ditolak, dicemuh masyarakat. Dia tidak gentarkan fitnah yang dilemparkan musuh atad usaha menyekat tugasan-tugasan da'wah. Hal ini kerana i'tiqadnya kepada pertolongan Allah buatnya selagi mana ada padanya 2 syarat, iaitu iman dan taqwa.

Iman & Taqwa

Seiring dengan firman Allah dalam Surah At-Talaq: 2,

"Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah jadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)".

Beriman bermaksud membenarkan di dalam hati segala perkara yang wajib diimani, ikrar dengan lisan dan menzahirkn amal soleh dengan anggota badan (termasuk menjauhi perkara-perkara yang dilarang).

Hasan Al-Basri menyatakan bahawa taqwa adalah perasaan takut dan menghindari apa yang diharamkan Allah, dan menunaikan apa-apa yang diwajibkan pleh Allah. Taqwa juga bererti kewaspadaan, berhati-hati menuruti perintah Allah serta menjauhi larangannya.

"Seorang hamba tidak dapat mencapai darjat taqwa (muttaqin) sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa , semata-mata karena khawatir terjerumus ke dalam dosa".

(H.R. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ganjaran Allah buat para wali-Nya

"Sesunnguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari Neraka itu".

"Mereka juga tidak mendengar suara (julangan) api itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka".

"Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada Hari Qiyamah) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh para para Malaikat dengan berkata: Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamju (di dunia) dahulu".

(Surah Al-Anbiyaa': 101-103)

Rujukan: Kitab Ihfazillaha Yahfazka (Bab 3: 10 Sifat Wali Allah)

Friday, February 5, 2010

Macam mana nak jadi "superheroes" yang baik?

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita berintima' dengan jemaah atas kesedaran bahawa perjuangan menegakkan syari`ah Allah itu tidak mampu untuk digerakkan secara "Lone Ranger". Tiada istilah Superman, Batman atau Spiderman dalam perjuangan menyelamatkan masyarakat dunia dari bahaya fitnah akhir zaman. Superman, Batman, Spiderman serta superheroes yang lain kini semuanya bergabung di dalam Justice League.


Justice League bermatlamat menegakkan kebenaran dan menumpaskan anasir jahat yang mengganggu gugat keamanan dunia.. Di setiap pelusuk muka Bumi.. Bukan hanya di sekitar Washington DC, New York, atau Amerika. Justice League berjuang untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah di Bumi Allah.

Apabila bergabung dalam Justice League, Superman dan Batman telah sedia maklum bahawa cabaran yang bakal mereka hadapi adalah cabaran yang sangat hebat. Tidak sekadar peperangan senjata, lebih mencabar lagi, mereka juga bakal berhempas pulas berperang dalam The Battle of Mind (Ghuzwatul Fikriyyah).



Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh Superman, Batman, Spiderman dan superheroes yang lain untuk menjadi pendukung Justice League yang baik?

1. Sedia utk berkorban

Dalam satu usrah gabungan pusat, seorang ustaz pernah berkata, “Islam tidak akan menang dengan sumbangan, tetapi dengan pengorbanan”.
Hal ini seiring dengan tuntutan Rukun Ba`ah yang ke-5, “Tadhiyyah”: Pengorbanan.

Pengorbanan yang dibincangkan termasuklah pengorbanan perasaan, meninggalkan saat-saat indah bermain bersama anak-anak untuk ke program-program da’wah & tarbiyah.

2. Meletakkan matlamat yg jelas di hadapan

Superheroes perlulah sedar bahawa matlamat perjuangan mereka adalah untuk mencapai Mardhatillah dengan medium-medium yang telah digariskan Allah. Tidaklah mereka bertujuan untuk mencipta nama yang gah di mata penduduk Dunia. Matlamat inilah yang menjadikan mereka istiqamah dalam perjuangan. Tidak goyah dan tidak rebah tatkala cabaran mendatang.

3. Mempertingkat amalan-amalan khususi

Superheroes hanya akan menjadi kuat apabila punya kerohanian yang kental. Mereka tahu, hanya Allah sebaik-baik pertolongan. Mereka berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan Allah melalui amalan-amalan khususi. Antaranya...

i. Puasa sunat:
sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan, puasa Isnin Khamis

ii. Solat-solat sunat:
Berusaha utk cukupkan solat sunat Rawatib 12 raka`at setiap hari

iii. Melazimi qiraatul Quran:
Berusaha utk mnjadi Al-Quran berjalan

iv. Berusaha untuk sentiasa menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Setiap hari, setiap waktu.

Ustaz Umar al-Tilmisani, Mursyidul Am IM ke-3 pernah bercerita..

Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam. Kami semua sangat lelah kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan kami(Ustaz Umar & Imam Hassan al-Banna) mendapat bilik yang sama. Saya tersangat penat, dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat Subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama Hassan al-Banna memanggilku,

"Umar, sudah tidur?"

Aku menjawab, "Labbaika, belum Mursyid".

Tidak beberapa lama kemudian, beliau betanya lagi hal yang sama,

"Umar, kamu sudah tidur?.

Aku menjawab kembali, "Labbaika, belum Mursyid".

Dalam hatiku tertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Kerana aku sudah sangat penat, akhirnya aku tidak menjawab, biar disangka aku sudah tidur. Tiba-tiba, beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Dari arah sana, ku dengar beliau dengan sangat hati-hati berwhudu' agar percikan airnya tidak membangunkanku. kemudian, kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap qiblat, dan mengerjakan solat malam (Qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah. Begitulah didikan beliau yang sangat melekat di hatiku..

4. Bersedia menghadapi segala tribulasi luaran & dalaman.
-Luaran: Penentangan daripada musuh Allah (berbentuk fitnah, serangan fizikal, ekonomi dll)
-Dalaman: Salah faham antara ahli keluarga, perbezaan pendapat, dll..

5. Sedia untuk ditarbiyah

6. Banyak mngambil i’tibar sirah para Rasul, sahabat & pejuang-pejuang Islam trdahulu

Melalui sirah, kita tingatkan keazaman untuk capai kecemerlangan para sahabat.

Duhai diri, umurmu seketika cuma. Gunakan masa yang sedikit ini untuk menggapai redha Allah. Usah biarkan saat hidupmu ternoda dengan dosa yang bakal menimbulkan penyesalan yang tiada sempadan. Pada umur Sayyidina Ali karamalLahu wajhah mencecah 40 tahun, beliau telah mula menggunakan tongkat. Bukan kerana penyakit tulang, kaki atau lumpuh.. Tetapi sebagai satu peringatan utk mengingati mati.