Bismillahirrahmanirrahim..
Kita berintima' dengan jemaah atas kesedaran bahawa perjuangan menegakkan syari`ah Allah itu tidak mampu untuk digerakkan secara "Lone Ranger". Tiada istilah Superman, Batman atau Spiderman dalam perjuangan menyelamatkan masyarakat dunia dari bahaya fitnah akhir zaman. Superman, Batman, Spiderman serta superheroes yang lain kini semuanya bergabung di dalam Justice League.
Justice League bermatlamat menegakkan kebenaran dan menumpaskan anasir jahat yang mengganggu gugat keamanan dunia.. Di setiap pelusuk muka Bumi.. Bukan hanya di sekitar Washington DC, New York, atau Amerika. Justice League berjuang untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah di Bumi Allah.
Apabila bergabung dalam Justice League, Superman dan Batman telah sedia maklum bahawa cabaran yang bakal mereka hadapi adalah cabaran yang sangat hebat. Tidak sekadar peperangan senjata, lebih mencabar lagi, mereka juga bakal berhempas pulas berperang dalam The Battle of Mind (Ghuzwatul Fikriyyah).
Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh Superman, Batman, Spiderman dan superheroes yang lain untuk menjadi pendukung Justice League yang baik?
1. Sedia utk berkorban
Dalam satu usrah gabungan pusat, seorang ustaz pernah berkata, “Islam tidak akan menang dengan sumbangan, tetapi dengan pengorbanan”.
Hal ini seiring dengan tuntutan Rukun Ba`ah yang ke-5, “Tadhiyyah”: Pengorbanan.
Pengorbanan yang dibincangkan termasuklah pengorbanan perasaan, meninggalkan saat-saat indah bermain bersama anak-anak untuk ke program-program da’wah & tarbiyah.
2. Meletakkan matlamat yg jelas di hadapan
Superheroes perlulah sedar bahawa matlamat perjuangan mereka adalah untuk mencapai Mardhatillah dengan medium-medium yang telah digariskan Allah. Tidaklah mereka bertujuan untuk mencipta nama yang gah di mata penduduk Dunia. Matlamat inilah yang menjadikan mereka istiqamah dalam perjuangan. Tidak goyah dan tidak rebah tatkala cabaran mendatang.
3. Mempertingkat amalan-amalan khususi
Superheroes hanya akan menjadi kuat apabila punya kerohanian yang kental. Mereka tahu, hanya Allah sebaik-baik pertolongan. Mereka berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan Allah melalui amalan-amalan khususi. Antaranya...
i. Puasa sunat:
sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan, puasa Isnin Khamis
ii. Solat-solat sunat:
Berusaha utk cukupkan solat sunat Rawatib 12 raka`at setiap hari
iii. Melazimi qiraatul Quran:
Berusaha utk mnjadi Al-Quran berjalan
iv. Berusaha untuk sentiasa menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Setiap hari, setiap waktu.
Ustaz Umar al-Tilmisani, Mursyidul Am IM ke-3 pernah bercerita..
Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam. Kami semua sangat lelah kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan kami(Ustaz Umar & Imam Hassan al-Banna) mendapat bilik yang sama. Saya tersangat penat, dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat Subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama Hassan al-Banna memanggilku,
"Umar, sudah tidur?"
Aku menjawab, "Labbaika, belum Mursyid".
Tidak beberapa lama kemudian, beliau betanya lagi hal yang sama,
"Umar, kamu sudah tidur?.
Aku menjawab kembali, "Labbaika, belum Mursyid".
Dalam hatiku tertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Kerana aku sudah sangat penat, akhirnya aku tidak menjawab, biar disangka aku sudah tidur. Tiba-tiba, beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Dari arah sana, ku dengar beliau dengan sangat hati-hati berwhudu' agar percikan airnya tidak membangunkanku. kemudian, kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap qiblat, dan mengerjakan solat malam (Qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah. Begitulah didikan beliau yang sangat melekat di hatiku..
4. Bersedia menghadapi segala tribulasi luaran & dalaman.
-Luaran: Penentangan daripada musuh Allah (berbentuk fitnah, serangan fizikal, ekonomi dll)
-Dalaman: Salah faham antara ahli keluarga, perbezaan pendapat, dll..
5. Sedia untuk ditarbiyah
6. Banyak mngambil i’tibar sirah para Rasul, sahabat & pejuang-pejuang Islam trdahulu
Melalui sirah, kita tingatkan keazaman untuk capai kecemerlangan para sahabat.
Duhai diri, umurmu seketika cuma. Gunakan masa yang sedikit ini untuk menggapai redha Allah. Usah biarkan saat hidupmu ternoda dengan dosa yang bakal menimbulkan penyesalan yang tiada sempadan. Pada umur Sayyidina Ali karamalLahu wajhah mencecah 40 tahun, beliau telah mula menggunakan tongkat. Bukan kerana penyakit tulang, kaki atau lumpuh.. Tetapi sebagai satu peringatan utk mengingati mati.
No comments:
Post a Comment