Saturday, March 5, 2011

Da'wah: Dari hati jatuh ke hati

"Bagaimana batasan pergaulan bagi dua orang yang telah bertunang?"

A mengajukan kemusykilan kepada sahabatnya, B. Melihat kepada raut wajah A, B tahu, jiwa A tidak tenang. Mungkin tidak selesa dengan keadaannya selepas betunang. B tahu, A bukan orang sembarangan. Sejak sekolah, A komited dengan da'wah dan tarbiyah. Sampai kini dia terus istiqamah.

A dan B bersahabat rapat sejak Darjah 2 di sekolah rendah lagi, apabila A berpindah ke sekolah tempat B belajar. Perkenalan mereka bermula sejak bertemu dalam bas sekolah.

Tamatnya sekolah rendah, mereka terus berpisah, mengikut haluan tersendiri. Walau tidak berjumpa, A dan B sekali-sekala berhubung melalui telefon pada musim cuti sekolah. Dan betapa gembiranya apabila mereka dapat tahu bahawa mereka sama-sama tetap istiqamah atas jalan tarbiyah. A tidak perlu risaukan B, begitu juga sebaliknya. Mereka tahu, masing-masing bijak menjaga diri.

Kalau waktu kecil-kecil dahulu, perbualan mereka sekitar batu seremban, anak patung, jatuh parit, main pondok-pondok, kini perbualan mereka berkisar tentang akademik, strategi da'wah, perihal Islam, perihal ummah.

Baru-baru ini, B cukup gembira apabila mendapat tahu sahabatnya A telah dipinang orang. Bakal doktor yang kini menuntut ilmu perubatan di bumi Jordan. Dan B teramat bersyukur apabila A bercerita perihal tunangnya itu. Seorang muslim yang juga komit dengan tarbiyah dan da'wah, sepadan dengan A.

B dengan tenang memegang lembut bahu A, lantas berkongsi pendapat berkenaan soalan yang diajukan tadi.

"Berhubung apabila perlu. Itu pesan murabbi kami. Macam mana nak tahu perlu atau tidak? Kembali kepada pertimbangan kamu".
"Memang ini satu cabaran buat orang yang dah bertunang. Cabaran hati".
Setiap kali terasa hati lagha, cepat-cepat istighfar. Muhasabah semula diri. Ingat semula apa matlamat ikatan ini.


Kita idamkan rumah tangga solehah, sebagai wadah untuk terus istiqamah dengan tarbiyah. Sebagi wadah untuk terus memacu jihad dan da'wah. Sebagai wadah untuk terus berusaha menggapai redha Allah.

Tapi fikirkan, adakah wajar impian itu kita mulakan dengan sesuatu yang bertentangan dengan batas-batas syara'? Apakah akan ada redha Allah pada ikatan ini jika kita sendiri mencemarkannya dengan perkara yang tidak Allah sukai?

Kalau hati tetap tidak berubah, renungkan apa yang Allah firmankan:
"Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendenga rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka."
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 80)
Seterusnya, perbaiki iman... Antaranya, perbanyakkan zikr Laa ilaha illalLah.

Seperti riwayat Abu Hurairah radhiyalLahu `anh, RasululLah sallalLahu `alayhi wasallam telah bersabda,

"Baharukanlah iman kalian", Rasulullah sallalLahu `alayhi wasallam ditanya: "Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami?" Baginda menjawab: "Banyakkanlah menyebut Laa Ilaha IllalLah".
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)
"A, kamu tentunya komit dengan usrah kan? Kamu sendiri ada bawa halaqah?"
"Maksud B, jadi naqibah?"
"Ya..."
"Ada"
"Alhamdulillah, membawa halaqah bukan sahaja untuk adik-adik yang kita bawa. Tetapi juga untuk diri kita sendiri".
Apabila kita berjumpa adik-adik, kita sendiri akan rasa, adakah apa yang kita sampaikan itu, menyentuh jiwa kita sendiri. Jika kita rasa apa yang kita sampaikan agak bertentangan dengan kedudukan hati kita, waktu tu kita benar-benar akan rasa jiwa kita perlu dibersihkan semula. Murabbi kami selalu berpesan, da'wah ni adalah dari hati ke hati. Jika hati kita sendiri rasa terlari, bagaimana akan sampai ke hati mad`u?

Hati yang kotor membawa kepada malasnya untuk beribadah, lebih-lebih lagi Qiyamullail. Apabila kita membaca, di waktu lapang ataupun ketika persiapan halaqah, terasa ilmu itu sekadar di mata. Tidak jatuh ke hati. Seterusnya, halaqah akan terasa kering. Perbincangan sekadar berlalu di lisan. Tidak subur di hati.

Jadi, istiqamahlah dengan usrah, untuk terus menjaga hati.

"Menjaga hati ni bukan sahaja dari aspek ikhtilat. Tapi aspek lain juga."

A tersenyum. Dia menarik nafas panjang. Wajahnya tenang.

"Terima kasih B. Semoga Allah pelihara hati kita"

3 comments:

  1. salam kak Tikah...
    sy suka post ni.. masyaALLAH, best sngt!
    setuju sngt.. ape yg disampaikan dari hati akn smpai ke hati.. huhu.. kadang2 terutamanya skrg.. huh, sukar sungguh nk menghadirkan hati dlm sgala gerak kerje, x kira keje2 medic mahupun keje2 da'wah.. jzkk ats peringatan ini...

    ReplyDelete
  2. Fathimah A'thirah, adindaku. Subhanallah.. Hmm.. Mcm mn ye boleh jalan2 smpai ke sini? =)

    Faham dgn apa yg Fathimah rasa. Kknda prnah berada dlm situasi yg sama, dlm tmpoh yg lama. Mungkin juga krn faktor biah. Dn alhamdulillah bila kita dh brjaya melepasi keadaan hambar itu, benar2 terasa rahmat Allah. Bahawa apa yg kita lalui pada waktu itu adalah tarbiyah dari Allah. Proses pematangan jiwa kita, iman kita, diri kita =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..entry yg bermanfaat

    keep it up k.tikah~

    ReplyDelete