Tuesday, June 22, 2010

Perkongsian Nasihat Habiburrahman

Petikan nasihat dari surat Habiburrahman El-Shirazy buat adiknya, Anif Sirsaeba El-Shirazy. Nasihat-nasihat yang berkisar tentang pengurusan pelajaran berdasarkan pengalaman Habiburrahman yang sentiasa sibuk dalam berorganisasi, berda'wah, dan menjadi pimpinan pelajar.




1. Bismillah. Haa Miim `Aiin Siin Qaaf, tata niat lillahi ta`aala, tenangkan jiwamu.

2. Koreksilah dirimu, bermuhasabahlah, sejak kelas I Aliyah sampai detik ini, lihatlah nilai-nilai rapotmu. Lihat satu per satu nilai-nilai itu, klasifikasikan nilai-nilai itu, mana yang kau anggap baik tingkatkan.

3. Ingat!!! Buat standard atau target nilai yang akan kau lukis dalam ijazahmu! Tulis di tempat biasanya kau belajar, dan jika ada rasa malas lihatlah standard itu, apakah dengan malas-malasan standard itu akan tercapai?

4. Buat segera frekuensi belajar untuk masing-masing mata pelajaran. Perbanyakkan waktu belajar waktu belajar untuk mata pelajaran yang sulit.

5. Sekali lagi, atur langkah-langkah, jangan mikir yang lain dulu, ujian di ambang pintu, kurangi frekuensi kesibukanmu!

6. Harus ada jam tertentu, hari tertentu, yang kamu tidak berbuat apa pun kecuali belajar dan belajar. Pada jam dan hari itu kamu tidak dapat diganggu oleh siapa pun. Jika terganggu belajar, jam itu harus kamu qadha.

7. Jangan sedih adikku, masih ada waktu , masih ada kesempatan, tapi ingat, kesempatan ini hanya satu kali, jangan kau sia-siakan, jangan kau buang waktu sedetik pun, jangan berpikir ujian masih berminggu-minggu, ingat besok uian, bar bodo ujian! Dan haru sukses dalam ujian itu. Bidznillah, insya Allah kamu bisa mampu!

8. Sekali lagi, masih ada kesempatan dan ambil kesempatan itu, jangan kamu tunda. Ingat! Penundaaan adalah awal kehancuran!

9. Iringi langkahmu dengan doa dan taqarrub kepada Allah. Ingat manusia berusaha, Allah yang menentukan. tapi ingat pula, Allah tidak mengubah nasibmua kecuali kamu mengubahnya sendiri. Insya Allah, Allah tidak menyia-nyiakan usaha hamba-Nya, dan ingat: Sebesar usahamu, sebesar itu pula hasilnya!

10. Minta doa Bapak dan Ummi.

11. Belajar, belajar dan belajar. Jangan ada perasaan sombong dan merasa sudah pandai.

12. Jika ada pelajaran yang sulit-sulit, jangan malu minta diajari para Ustadz atau teman-temanmu sendiri yang kau anggap sudah pandai.

Hay El Asyir-Cairo, 2 Januari 1996
Dari bumi Kinanah, di tepi sungai Nil,
Kakak berdoa untuk kesuksesanmu,
Ma`an najah, ma`assalamah!
Sayang kakakmu,

Habiburrahman.

Tuesday, March 30, 2010

Rukun Pemuda



Bismillahirrahmanirrahim..

Imam Hassan Al-Banna telah menulis dalam risalahnya, bahawa ada 4 sifat istimewa bagi pemuda..

1. Keimanan asasnya adalah hati yang suci
2. Keikhlasan asasnya jiwa yang bersih
3. Semangat asasnya keinginan yang kuat
4. Usaha asasnya adalah keazaman yang membara.

Dengan 4 keistimewaan ini bermakna,
"Tanggungjawab kamu berat, terlalu banyak hak bangsa yang perlu kamu tunaikan"
"Kamu perlu berfikir masak-masak, gandakan usaha, tentukan pendirian, tunaikan segala hak ummah, dengan segala keistimewaan yang kamu miliki"

Monday, March 29, 2010

Dialog Inter-`Aqidah

Seorang paderi dan seorang Maulana sedang berdialog, dalam satu majlis perbandingan agama di suatu tempat di India..

Paderi: Wahai Maulana, sewaktu Hussein, cucu Rasulullah sollalLahu `alayhi wasallam dibunuh, di manakah Baginda berada pada saat itu?

Maulana: Tentulah Baginda sedang berada di sisi Allah subhanahu wata`ala...

Paderi: Kalau begitu, mengapa Baginda tidak meminta tolong Allah untuk menyelamatkan cucu Baginda?

Maulana: Pada saat itu, Allah sedang menangis..

Paderi: Allah menangis? Apa maksud Maulana?

Maulana: Allah berkata, "Wahai Muhammad, sedangkan anak-Ku Jesus tidak mampu Aku selamatkan ketika Baginda disalib, inikan pula Aku selamatkan cucumu?"


Merasakan dirinya tertampar dengan jawapan Maulana, si paderi lantas mengajukan soalan lain buat Maulana.. Mereka terus berdialog. Perbahasan berlangsung dengan hangat, hujah dipatahkan dengan hujah, sehingga kelihatan, tiada tanda ada pihak yang akan rela hati mengundur diri..

Tiba-tiba, seorang lelaki, pembantu Maulana naik ke pentas, dan membisikkan sesuatu ke telinga Maulana. Sejurus itu juga, wajah Maulana bertukar menjadi pucat, lidahnya kelu tak berkata-kata..

Paderi: Maulana.. Kenapa? Apa yang berlaku?

Maulana terus mendiamkan diri..

Paderi: Maulana, ceritakan pada saya, apa yang berlaku?

Maulana masih termenung, tidak berkata apa-apa..
Setelah terus didesak oleh paderi, akhirnya dia menangis..

Maulana: Saya dapat berita, malaikat Jibril baru sahaja meninggal di syurga.

Si paderi lantas tertawa mendengar kata-kata Maulana, sambil bersuara,

Paderi: Maulana, bukankah kamu seorang yang berpelajaran tinggi? Bagaimana kamu boleh percaya akan berita itu? Mana mungkin malaikat boleh mati?

Si paderi terus ketawa.

Maulana: Wahai paderi, lupakah kamu, sedangkan Jesus, anak Tuhan boleh mati, inikan pula malaikat Jibril?

Saturday, March 13, 2010

Tuesday, February 16, 2010



*Kredit: Jazakallah buat Abang Hanis kerana sudi tuliskan selawat ni..

Semoga Allah terus pilih kita untuk berada atas jalan perjuangan Rasulullah sollalLahu `alayhi wasallam..

Monday, February 15, 2010

Siapakah Wali Allah?

Apabila disebut kalimah "Wali", apakah yang terbayang di fikiran kita.. Keajaiban? Perkara-perkara luar biasa?

Dalam Kitab Ihfazillaha Yahfazka, ada mempersoalkan.. Adakah wali dimaksudkan sebagai orang yang berserban panjang, berjubah, memakai serban yang berlapis-lapis, memiliki jawatan besar, mampu terbang atau berjalan di atasa air?

Jika kuasa luar biasa itu yang dimaksudkan sebagai wali, maka, tentu sahaja para jin juga adalah wali Allah.

Definisi Wali

Wali bermaksud orang yang dekat dengan Allah. Kekasih Allah. Dia kasih akan Allah dan Allah juga mengasihinya. Atau juga bermaksud pembantu agama Allah. Dia membantu agama Allah, dan Allah juga membantunya. Antonim bagi kalimah wali adalah `aduwwu (musuh Allah).

Wali Allah menurut Al-Quran

Firman Allah dalam surah Yunus: 62-63,

"Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa".

Berdasarkan ayat di atas, seorang wali adalah seorang yang tidak khawatir atau bersedih atas apa-apa keburukan yang menimpa mereka. Dalam konteks da'wah, dia tidak berdukacita andai usaha da'wahnya ditolak, dicemuh masyarakat. Dia tidak gentarkan fitnah yang dilemparkan musuh atad usaha menyekat tugasan-tugasan da'wah. Hal ini kerana i'tiqadnya kepada pertolongan Allah buatnya selagi mana ada padanya 2 syarat, iaitu iman dan taqwa.

Iman & Taqwa

Seiring dengan firman Allah dalam Surah At-Talaq: 2,

"Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah jadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)".

Beriman bermaksud membenarkan di dalam hati segala perkara yang wajib diimani, ikrar dengan lisan dan menzahirkn amal soleh dengan anggota badan (termasuk menjauhi perkara-perkara yang dilarang).

Hasan Al-Basri menyatakan bahawa taqwa adalah perasaan takut dan menghindari apa yang diharamkan Allah, dan menunaikan apa-apa yang diwajibkan pleh Allah. Taqwa juga bererti kewaspadaan, berhati-hati menuruti perintah Allah serta menjauhi larangannya.

"Seorang hamba tidak dapat mencapai darjat taqwa (muttaqin) sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa , semata-mata karena khawatir terjerumus ke dalam dosa".

(H.R. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ganjaran Allah buat para wali-Nya

"Sesunnguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari Neraka itu".

"Mereka juga tidak mendengar suara (julangan) api itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka".

"Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada Hari Qiyamah) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh para para Malaikat dengan berkata: Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamju (di dunia) dahulu".

(Surah Al-Anbiyaa': 101-103)

Rujukan: Kitab Ihfazillaha Yahfazka (Bab 3: 10 Sifat Wali Allah)