Thursday, November 4, 2010

Ibarat mengalirnya air...

Dedikasi buat.....
(You know who you are... Minta izin untuk share di sini ^^)

Menyelami perasaan kalian

Menyelami perasaan sahabat-sahabat... Saya juga merasakan perkara yang sama. Raut wajah antum cukup jelas menggambarkan apa yang tersirat. Quotation yang antum gunakan dalam YM lately cukup mendalam maksudnya buat saya. Kita tidak bersua, tetapi hati-hati kita ramah berbicara.

Ya, berat terasa amanah Allah, eversince kita bersidang suatu tempoh dahulu. Beratnya yang membuatkan saya banyak berdiam diri baru-baru ini. Sehinggakan teman-teman terdekat beberapa kali menegur, bertanggapan saya termenung kosong.

Hakikat

Wahai `amileen, inilah hakikat perjuangan. Seorang ustaz pernah berkata:
"Perjuangan ni cuma ada dua jenis.. Kalau dalam perjuangan kita rasa berat, susah, banyak cabaran, maknanya kita berada dalam perjuangan yang betul. Seandainya kita sentiasa rasa senang, mudah, tak payah, maka awas, check semula sejauh mana kebenaran perjuangan tersebut".
Berkata-kata itu mudah... Menulis juga mudah. Sekadar sambungkan sel-sel neuron untuk melancarkan perjalanan maklumat untuk kita lepaskan di mulut dan jari, gerakkan otot mulut dan tangan, utarakan teori dan ideologi. Itu sahaja.

Tapi hakikat perjuangan tidak begitu. Islam bukan satu ideologi. Bukan juga sekadar teori. Islam adalah din.. Suatu cara hidup. Begitu juga perjuangan. Kena hadapi realiti medan.

Lihat kepada sirah perjuangan Nabi Musa `alayhissalam. Awal kelahirannya sendiri terancam dengan perintah pembunuhan semua bayi lelaki. Proses pembesaran Baginda selanjutnya adalah dalam istana Firaun. Musuh utama agama Allah. Tapi itu adalah tarbiyah Allah, Nabi Musa`alayhissalam berhadapan dengan realiti medan sejak kecil lagi. Baginda dibesar dan dididik dalam sarang musuh, bukan oleh mana-mana rahib yang mengajar baginda teori atau menerapkan ideologi.

Analogi Aikido

Ambil analogi belajar Aikido... Untuk buat posisi hidari hanmi kamae, nampak macam mudah. Apabila terima arahan sensei untuk buat demo, kita rasa yakin boleh buat. Tapi hakikatnya tidak. Posisi semudah ini mengambil masa berbulan-bulan untuk diteguhkan.

*Selingan: Kamae yang teguh sangat penting dalam Aikido. Macam-macam serangan dan tindakan balas lain yang kita boleh buat dalam posisi kamae. Sehinggakan prinsip yang diajar: Be in kamae all the time!


Mengalirnya air...

Alhamdulillah baru-baru ini, beberapa kita berpeluang pulang ke 'kampung', menghayati penciptaan ombak, laut dan pantai. Sunyi... Masing-masing tidak bersuara, membawa beratnya jiwa dengan amanah yang digalas. Cuma sedikit gelak tawa ketika cuba lari dari ombak yang mengganas. Sambil membaca surah Al-Waqi`ah melawan kekuatan bunyi deru ombak dan angin.

Dalam perjalanan pulang, `ibrah yang seorang sahabat kemukakan betul-betul menyentuh hati.

"Waktu antum perhatikan air laut dan ombak... Apa yang antum fikirkan?"

Masing-masing diam melayan perasaan... Mengimbau kembali pukauan ketenangan pantai tadi.

"Antum rasa, dari mana datangnya air tu?"

"Puncak gunung.." Yang lain lantas menjawab.
"Nampak tak jauhnya perjalanan air tu. Dari atas gunung, merentas segala jenis permukaan bumi untuk sampai ke laut. Sangat jauh. Sepanjang perjalanan tu banyak rintangan yang air hadapi. Lalu di celah-celah tanah, melepasi batu, mengalir ke mata-mata air, jatuh sebagai air terjun, dan macam-macam lagi. Tapi aliran air tak pernah putus."
Begitu juga tarbiyah, perjalannya panjang, liku-likunya pelbagai, tapi penghujungnya pasti. Menanti orang-orang yang istiqamah untuk meni'mati kemanisannya di hujung perjalanan. Jadi, jangan mudah berputus asa... Teguhkan jiwa dengan mengeratkan hubungan kita dengan Yang Maha Mentarbiyah.


Antara kerisauan dalam diri saya adalah, takut tidak amalkan apa yang diperkatakan atau ditulis. Terkilan melihat teman yang hebat berbicara sebaliknya cukup beralasan untuk turun ke medan. Tetapi amat bimbang saya sendiri yang berdalih-dalih apabila tiba seruan. Nauzubillah... Pohon sama-sama tarik saya bersama antum dalam perjuangan.

Akhir kata, ingat kita tidak bersendirian...

1 comment: