Dengan nama Allah, yang memiliki jiwa-jiwa sekelian hamba...
Lebih kurang satu minggu sebelum Ramadhan, saya ber'chat' dengan seorang sahabat. Bakal dukturah dari Universiti "Syari`ah" Malaysia. Sekadar chat santai, bertanya khabar, update perkembangan dan penguncupan diri masing-masing...
Sebelum kami mengakhiri sessi chatting pada hari itu, sahabat saya berkata,
Ana nak share something.. Pesanan dari naqibah ana...
"Merdekakan hati dari pandangan manusia"
Alhamdulillah... Jawapan kepada muhasabah saya selama ini.
Kenapa? Try to work for it yourself.
You'll see a tremendous change in your life..! Insya Allah...
Huraian kepada pertanyaan Jawari:
ReplyDeleteYa Allah,
Dengan rahmat-Mu,
Dengan tarbiyah bulan Ramadhan ini,
Merdekakan kami dari sifat-sifat mazmumah
yang berakar umbi dalam hati kami,
Merdekakan kami dari akhlak yang keji di sisi-Mu dan di sisi hamba-Mu
yang menjadi pemisah kasih sayang antara kami,
Merdekakan kami dari sifat malas dan leka
dalam melaksanakan tanggungjawab kami.
Merdekakan kami daripada ketakutan dan pengharapan yang tidak pasti
kepada taqwa dan tawakkal kepada-Mu.
Merdekakan kami daripada penghambaan kepada selain dari-Mu
kepada ketaatan mutlak hanya sa nya kepada-Mu,
Merdekakan kami dari sebarang bentuk kezaliman dan fitnah akhir zaman,
Merdekakan kami dan ahli keluarga kami dari belenggu nafsu dan syaitan,
Dan merdekakan kami dari azab api neraka.